Pengenalan

Mengenai YAWATIM

Kini, mudahnya berwaqaf, sesiapapun mampu, mana-mana pun boleh.

Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) ditubuhkan pada 2 November 2011. Penubuhan YAWATIM bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai pendidikan anak yatim atau miskin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian di bawah PEYATIM. YAWATIM ditubuhkan dengan hasrat untuk menaik taraf Universiti Kolej Bestari dan IPTS lain di bawah PEYATIM ke arah berkonsepkan waqaf.

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) sebuah pertubuhan kebajikan peringkat kebangsaan didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S) – (861/90) pada 19hb. November 1990 hasil gabungan tujuh belas buah asrama daripada seluruh negara,termasuk Sabah dan Sarawak. Kini, PEYATIM telah menyelaras program dan aktiviti ahli gabungan berjumlah 66 buah, dengan 72 buah asrama yang didiami oleh hampir 4000 anak-anak yatim atau miskin. Angka tidak rasmi menganggarkan terdapat 300,000 orang anak yatim seluruh negara. PEYATIM merupakan badan induk kepada YAWATIM.


Objektif

1. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak yatim atau miskin di Malaysia di sebuah universiti dan institusi pengajian tinggi yang khas untuk mereka.

2. Mempelopori pelaksanaan waqaf pendidikan dalam konteks IPTS di Malaysia.

3. Merealisasikan pelaksanaan waqaf dalam konteks semasa dengan mengikut tatacara yang betul dengan berpandukan hukum dan perundangan Islam.

4. Menyediakan suatu wadah bagi umat Islam menyumbangkan harta mereka dalam bentuk zakat, waqaf, derma dan sedekah jariah dalam bentuk yang diyakini, dipercayai dan lebih efisien.

5. Meyakinkan umat Islam terhadap institusi waqaf yang mampu berperanan membangunkan sosio-ekonomi masyarakat Islam dengan cara yang lebih efektif.

6. Membuka ruang dan peluang untuk anak-anak yatim dan miskin mencapai kejayaan masa depan melalui peluang menambah ilmu.

MATLAMAT

Yayasan Waqaf ditubuhkan atas dasar inisiatif bagi mengurus dan menyelenggara dana khas pendidikan yang akan menerima sumbangan berbentuk sedekah, zakat, waqaf, hibah dan wasiat dari mana-mana pihak mengikut cara dan peraturan yang telah ditetapkan bagi tujuan membiayai pengurusan dan pembangunan pendidikan Universiti College Bestari, Kolej Teknologi Bestari, Institut Kemahiran Bestari serta institut pengajian lain di bawah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM).

VISI

Ke arah memartabatkan waqaf pendidikan demi melahirkan anak yatim atau miskin berjaya di dunia dan sejahtera di akhirat.

MISI

Mengumpul dana pendidikan melalui program derma tanah waqaf, zakat, sedekah jariah dan apa jua bentuk sumbangan yang akan digunakan untuk tujuan pendidikan anak-anak yatim atau miskin melalui promosi secara terus kepada umat Islam, dalam bentuk kerjasama dengan pihak yang sudi bekerjasama serta sanggup menjayakan sebarang komitmen, strategi pelaburan untuk menggandakan dana, menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan bagi meningkatkan dana mengikut peraturan dan undang-undang yang sah.