|
|
Latar Belakang
PENDAHULUAN Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia .(YAWATIM) Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) ditubuhkan pada 2 November 2011. Penubuhan YAWATIM bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai pendidikan anak yatim atau miskin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian di bawah PEYATIM. YAWATIM ditubuhkan dengan hasrat untuk menaik taraf Universiti Kolej Bestari dan IPTS lain dibawah PEYATIM ke arah berkonsepkan waqaf. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) sebuah pertubuhan kebajikan peringkat kebangsaan didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S) – (861/90) pada 19hb. November 1990 hasil gabungan tujuh belas buah asrama daripada seluruh negara,termasuk Sabah dan Sarawak. Kini, PEYATIM telah menyelaras program dan aktiviti ahli gabungan berjumlah 66 buah, dengan 72 buah asrama yang didiami oleh hampir 4000 anak-anak yatim atau miskin. Angka tidak rasmi menganggarkan terdapat 300,000 orang anak yatim seluruh negara. PEYATIM merupakan badan induk kepada YAWATIM. MATLAMAT PENUBUHAN Yayasan Waqaf ditubuhkan atas dasar inisiatif bagi mengurus dan menyelenggara dana khas pendidikan yang akan menerima sumbangan berbentuk sedekah, zakat, waqaf, hibah dan wasiat dari mana-mana pihak mengikut cara dan peraturan yang telah ditetapkan bagi tujuan membiayai pengurusan dan pembangunan pendidikan Univeristi College Bestari, Kolej Teknologi Bestari, Institut Kemahiran Bestari serta institut pengajian lain di bawah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) OBJEKTIF PENUBUHAN
MENGENAI TANAH WAQAF PEYATIM YAWATIM diamanahkan untuk menguruskan program skim tanah waqaf PEYATIM seluas 320 ekar dengan kadar RM 30.00 bagi 0.01 meter persegi di Lot No.3214 Mukim Tasik, Setiu Terengganu. Hasil program skim tanah waqaf tersebut, PEYATIM dapat membantu menambah prasarana dan pembangunan Universiti College Bestari, Kolej Teknologi Bestari dan Institut Kemahiran Bestari. Untuk jangka masa panjang pula, PEYATIM berhasrat menanggung segala perbelanjaan pendidikan anak-anak yatim atau miskin yang menuntut di IPTS bawah kelolaan PEYATIM. Setakat ini, YAWATIM bersama badan induk PEYATIM telah mengadakan kerjasama dengan Pos Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat, Pasaraya Mydin ,Bank Islam dan juga yang terbaru dengan SenangPay bagi menjayakan program derma tanah waqaf PEYATIM serta pindahan transaksi atas talian. Selain itu, terdapat juga wakalah individu dan korporat yang membantu melaksanakan program skim tanah waqaf ini. PELAKSANAAN PROGRAM SKIM TANAH WAQAF PEYATIM Proses pembelian tanah waqaf dibuat melalui borang akad khas yang digunakan oleh wakalah dan juga agensi-agensi dilantik mengikut kesesuaian perkhidmatan masing-masing. Pembeli mewaqafkan tanah tersebut dan wakalah serta agensi terbabit mengeluarkan resit. Wang akan dimasukkan dan dipindahkan ke akaun PEYATIM. YAWATIM menguruskan rekod, pengesahan pembelian, penghantaran surat dan sijil penerimaan tersebut. Pada masa akan datang, sijil digital akan dilancarkan selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan langkah penjimatan. Apabila selesai program derma dan pewaqafan, tanah ini akan dipindah milik kepada MAIDAM dan MAIDAM pula akan memohon penukaran status tanah milik kekal daripada pejabat tanah. PROGRAM PROMOSI YAWATIM YAWATIM telah menyediakan beberapa rancangan promosi berterusan dengan pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan program skim tanah waqaf PEYATIM ini. Antara promosi yang sedang rancak dijalankan ialah menyebar maklumat tentang peluang berwaqaf kepada seluruh umat Islam melalui edaran flyers, banner, bunting, menggunakan media sosial, pameran booth dan sebagainya. YAWATIM juga dari semasa ke semasa, sentiasa membaik pulih hubungan dengan ejen-ejen utama, merencana idea-idea berdasarkan perbincangan bersama Pos Malaysia, BSN, Mydin, dan lain-lain bagi meningkatkan kesedaran umat Islam seluruh Malaysia untuk berwaqaf bersama-sama agensi yang dilantik sebagai wakalah sah PEYATIM. Pada masa akan datang, promosi akan diperluaskan lagi dengan mengadakan kerjasama bersama-sama dengan agensi-agensi lain yang berminat untuk menyebar luas program skim tanah waqaf ini. Selain itu, promosi melalui pemotongan gaji juga akan diperhebatkan lagi. Kembali » |
|
|
| Terma dan Syarat | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman | Cms Hr | Agora | Webmail |
Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010-2020 | www.yawatim.com Laman Web Rasmi YAWATIM | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia, No.37 Jalan Nirwana 39 Taman Nirwana Ampang Selangor. http://enquiry.yawatim.com Pusat Pengurusan Perhubungan YAWATIM: 03 9284 6911 No. Faks : 03 9284 7909 |
