|
|
AHLI LEMBAGA AMANAH
Dilahirkan pada 6 Disember 1949 di Kampung Dengir, Besut, Terengganu. Dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Terengganu sebelum menyambung pelajaran Di Universiti Malaya di dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1972 dan Diploma Pendidkan pada tahun 1976. Pada tahun 2009, beliau telah memperolehi Sarjana Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) dari UKM. Dan kemuncaknya pada Oktober 2018, belaiu telah berjaya berjaya mendapat Doktor Pendidikan (Ed.D) di UNISEL. Memulakan kerjaya sebagai tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Satera Universiti Malaya pada tahun 1975. Setelah itu berkhidmatan sebagai guru dan pengetua di beberapa sekolah sebelum dilantik sebagai Ketua Sektor di Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral, Jabatan Pendidikan Sabah pada tahun 1999. Pada tahun 2002, beliau dilantik menjadi Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Jordan dan pada 2004 sebagai Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah bersara, beliau bergiat aktif di dalam Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) dan dilantik sebagai Setiausaha Agung Kehormat. Beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Forum Pengurus Anak Yatim ASEAN. Kembali » |
|
|
|Terma dan Syarat | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman | Cms Hr | Agora | Webmail | Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010-2020 | www.yawatim.com Laman Web Rasmi YAWATIM | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia, No.39 Jalan Nirwana 37 Taman Nirwana Ampang Selangor. http://enquiry.yawatim.com Pusat Pengurusan Perhubungan YAWATIM: 03 9284 6911 No. Faks : 03 9284 7909 |
