|
|
AHLI LEMBAGA AMANAH
Dilahirkan pada 9 Jun 1950 di Besut, Terengganu. Beliau dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Besut, Terengganu sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan. Kelulusan tertinggi beliau ialah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab dan Tamadun Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sesuai dengan sifatnya yang penyayang dan prihatin, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru pada tahun 1975. Pada tahun 1996, beliau ditukarkan ke Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Bahagian Pendidikan Islam, Kuala Lumpur sebagai Penolong Pengarah Bidang Dasar dan Ketua Unit. Pada tahun 2003, beliau dilantik sebagai Pengetua SMKeb Agama Miri, Sarawak. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan Guru Cemerlang pada 1989, PJK Terengganu pada tahun 1994 dan Pengetua Cemerlang pada tahun 2005. Oleh keran sifatnya yang suka menolong dan gemar membuat kerja-kerja kebajikan, beliau dipelawa menyertai Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung. Kembali » |
|
|
|Terma dan Syarat | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman | Cms Hr | Agora | Webmail | Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010-2020 | www.yawatim.com Laman Web Rasmi YAWATIM | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia, No.37 Jalan Nirwana 39 Taman Nirwana Ampang Selangor. http://enquiry.yawatim.com Pusat Pengurusan Perhubungan YAWATIM: 03 9284 6911 No. Faks : 03 9284 7909 |
