|
|
AHLI LEMBAGA AMANAH
Dilahirkan pada 31 Ogos 1949, dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Memegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir, Negeri Terengganu pada 1973 dan mula berjinak dengan dunia politik. Pada tahun 1977 beliau menjadi Ahli Parlimen Kemaman, Terengganu. Pernah memegang jawatan Pengerusi KETENGAH, Pengerusi MARA Malaysia, Setiausaha Parlimen Kementerian Belia Dan Sukan, Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Terengganu, Pengerusi Kelab Backbenchers Parlimen Malaysia dan juga Pengerusi Public Accountant Committee. Pada tahun 1978, beliau dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) dan Darjah Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1987. Setelah bersara, beliau bergiat aktif di dalam Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM)dan dilantik sebagai Bendahari Agung. Beliau juga dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM). Kembali » |
|
|
|Terma dan Syarat | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman | Cms Hr | Agora | Webmail | Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010-2020 | www.yawatim.com Laman Web Rasmi YAWATIM | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia, No.39 Jalan Nirwana 37 Taman Nirwana Ampang Selangor. http://enquiry.yawatim.com Pusat Pengurusan Perhubungan YAWATIM: 03 9284 6911 No. Faks : 03 9284 7909 |
