|
|
Pengerusi Eksekutif Yawatim
Dilahirkan pada 16 Januari 1941 di Setiu, Terengganu. Dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Terengganu sebelum menyambung pelajaran B.A. (Hons)-Pengajian Melayu di Universiti Malaya pada tahun 1973. Pada tahun 1985, beliau telah memperolehi M.A-Kepimpinan Negeri Terengganu (Politik) dari Universiti Malaya. Pada 1996, belaiu telah berjaya berjaya mendapat Ph.D-Pembangunan Masyarakat Nelayan di Terengganu dari Universiti Putra Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pendidik mulai 1965 sehingga 1974. Mula memasuki dunia politik dari tahun 1974 sehingga sekarang. Beliau dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Exco Negeri Terengganu dari tahun 1978 sehingga 1990. Pada Tahun 1990 sehingga 1999 memegang kerusi Ahli Parlimen Setiu, Terengganu. Sepanjang tempoh ini beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama dan Timbalan Menteri Pertanian Malaysia. Sesuai dengan sifat semulajadi beliau yang peka dan peduli dengan orang sekeliling, beliau telah terlibat dengan NGO’s sedari umur 19 tahun. Di antara badan kebajikan yang diasaskan dan diselia oleh beliau sehingga sekarang ialah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) yang ditubuhkan pada tahun 1978. Bagi menyelaras aktiviti anak yatim di asrama-asrama, beliau menubuhkan pula Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) pada tahun 1990.PEYATIM adalah satu badan di peringkat kebangsaan. Beliau juga merupakan Pengerusi Tabung Kemiskinan Daerah Setiu, Terengganu mulai 1990 sehingga sekarang , dan juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negeri Terengganu mulai 1995 sehingga sekarang. PEYATIM telah menubuhkan IPT sendiri bagi memastikan golongan anak yatim dan miskin tidak tercicir dalam pelajaran. Sebagai Presiden PEYATIM, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kolej Teknologi Bestari (KTB) mulai 1998, Pengerusi Eksekutif Institut Kemahiran Bestari (IKB) mulai 2001 dan Pengerusi Lembaga Pengelola University College Bestari (UCB) mulai 2012. Di peringkat ASEAN pula beliau adalah Pengerusi Pengelola Forum Yatim ASEAN mulai 2010 sehingga sekarang. Keahlian Forum Yatim ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Kemboja. Kembali » |
|
|
|Terma dan Syarat | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman | Cms Hr | Agora | Webmail | Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010-2020 | www.yawatim.com Laman Web Rasmi YAWATIM | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia, No.37 Jalan Nirwana 39 Taman Nirwana Ampang Selangor. http://enquiry.yawatim.com Pusat Pengurusan Perhubungan YAWATIM: 03 9284 6911 No. Faks : 03 9284 7909 |
