Selamat datang ke YAWATIM
Kini, mudahnya berwaqaf, sesiapapun mampu, mana-mana pun boleh.
Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) ditubuhkan pada 2 November 2011. Penubuhan YAWATIM bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai pendidikan anak yatim atau miskin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian di bawah PEYATIM. YAWATIM ditubuhkan dengan hasrat untuk menaik taraf Universiti Kolej Bestari dan IPTS lain di bawah PEYATIM ke arah berkonsepkan waqaf.

Skim Tanah Waqaf PEYATIM
YAWATIM diamanahkan untuk menguruskan program skim tanah waqaf PEYATIM seluas 320 ekar dengan kadar RM 30.00 bagi 0.1 meter persegi di Lot No.3214 Mukim Tasik, Setiu Terengganu.

Program Promosi YAWATIM
YAWATIM telah menyediakan beberapa rancangan promosi berterusan dengan pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan program skim tanah waqaf PEYATIM ini.
Menyumbang Bersama YAWATIM
Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak yatim atau miskin di Malaysia di sebuah universiti dan institusi pengajian tinggi yang khas untuk mereka.
Bersama ke arah memartabatkan waqaf pendidikan demi melahirkan anak yatim atau miskin berjaya di dunia dan sejahtera di akhirat.
Bersama mengumpul dana bagi membiayai pendidikan anak yatim atau miskin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian di bawah PEYATIM.