University College Bestari (UCB) atau Kolej Universiti Bestari merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pertama yang berusaha memartabatkan anak-anak Melayu miskin, golongan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru, penubuhan UCB tidak bermotifkan keuntungan semata-mata (non-profit making institution), tetapi lebih ke arah kebajikan dan pembangunan ummah.
UCB turut merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana supaya peluang pendidikan ini juga dirasai oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara.
Menerusi skim ini orang ramai boleh membeli lot-lot tanah di kampus UCB seluas 320 ekar di Lot No. 3214 Mukim Tasik, Setiu, Terengganu dengan kadar RM 30.00 satu kaki persegi untuk diwaqafkan kepada PEYATIM. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu [ MAIDAM ] telah meluluskan pewaqafan ini pada 13 Julai 2009 menerusi surat kelulusannya MAIDAM 03-003/46-(11).