YAWATIM

  • Jom berwaqaf

    Bersama YAWATIM

  • Kini, mudahnya berwaqaf,

    Sesiapapun mampu...
    Secara offline di pelbagai lokasi berhampiran anda..
    Secara online pada bila-bila masa...

  • Berwaqaf Bersama YAWATIM

    Bantulah kami Untuk membantu Anak-anak Yatim dan Anak-anak Miskin

    • Jom Berwaqaf

      Bersama YAWATIM

    • Berwaqaf Bersama YAWATIM

      Bantulah kami Untuk membantu Anak-anak Yatim dan Anak-anak Miskin

    • Kini, mudahnya berwaqaf,

      Sesiapapun mampu...
      Secara offline di pelbagai lokasi berhampiran anda..
      Secara online pada bila-bila masa...

      Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

      Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.”

      Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah sama ada lelaki mahu pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.

      (Surah Al-Hadid Ayat 18)

      Misi Utama YAWATIM

      Membela anak-anak yatim mahu pun anak miskin mendapat pendidikan yang sempurna bagi menjalani kehidupan yang baik di dunia nyata dan juga kehidupan akhirat yang kekal abadi.

      Peranan YAWATIM

      YAWATIM berperanan membangunkan dana bagi membiayai pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin melanjutkan pelajaran mereka ke institusi – institusi pengajian di bawah PEYATIM iaitu di University College Bestari [UCB] Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, Kolej Teknologi Bestari [KTB] Ampang, Selangor dan Institut Kemahiran Bestari [IKB] Saujana, Setiu, Terengganu Darul Iman.

      YAWATIM membangunkan Dana Kebajikan dan Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin menerusi dua skim berikut iaitu Waqaf Tanah University College Bestari (UCB) Setiu, Terengganu dan Infaq Tunai Untuk Dana Pendidikan YAWATIM.

      YAWATIM telah membangunkan Dana Waqaf Kebajikan dan Pendidikan untuk pembangunan University College Bestari (UCB) dan membiayai pengajian anak-anak yatim atau anak-anak miskin melanjutkan pengajian di UCB, Kolej Teknologi Bestari (KTB) dan Institut Kemahiran Bestari (IKB). Sehingga kini:

      Manfaat Dari Dana Waqaf

      Graduan UCB

      Lulusan KTB

      Lulusan IKB

      Antara kisah kejayaan pelajar-pelajar UCB

      Dato' Wan Mohd Muzri bin Hj. Ramli

      Pengurus Syarikat Division Network Enterprise.

      Dato’ Wan Mohd Muzri bin Hj. Ramli, merupakan antara alumni UC Bestari sesi 1999/00 yang berjaya dalam bidang perniagaan melalui dunia penulisan. Syabas dan Tahniah kepada Dato Muzri (DM).

      “The strongest factor in success is self-esteem: believing you can do it, believing you deserve it, and believing you will get it.”

      Nurfatin Amalina binti Nazumuddin
      Diploma Pengurusan Pelancongan
      Saudari Nurfatin Amalina binti Nazumuddin yang kini berkhidmat sebagai pramugari di Saudi Arabian Airlines merupakan alumni Diploma Pengurusan Pelancongan.

      Beliau yang telah bergraduat pada tahun 2015 telah mula berkhidmat juga pada Jun 2015. Berasal dari Johor. Tahniah dan syabas serta selamat maju jaya Saudari Nurfatin Amalina binti Nazumuddin.

      “Fahami apa itu ilmu, untuk kelestarian hari esok. Dan sentiasalah hiasi diri dengan amalan agama kerana sesiapa yang mengutamakan Allah SWT dalam hidupnya pasti akan berjaya di dunia & akhirat. Bila dah tamat pengajian, rebutlah peluang dengan apa yang ada untuk tunjukkan yg kita pun mampu berjaya seperti insan yg lain.”.

      Mohamad Khairul Zaim bin Mohd Kechik

      Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kolej Universiti Bestari

      Mohamad Khairul Zaim merupakan Eksekutif Pentadbiran (Jawatan tetap) yang bertugas menguruskan projek dalam pembekalan bahan kimia bagi Industri Petronas, Petron, TNB, Dan Industri Air (Malaysia) bermula dari Jun 2020 sehingga sekarang.

      Beliau merupakan alumni Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kolej Universiti Bestari – UC Bestari Bermula dengan mengikuti pengajian Asasi Pengurusan selama 1 tahun, kemudian terus menyambung pengajian dalam Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian).
      Mohamad Khairul Zaim telah menamatkan pengajian pada Disember 2020 dengan memperolehi kepujian kelas pertama serta telah mendapat pengecualian bayaran PTPTN sepenuhnya.

      Sepanjang di UC Bestari, Mohamad Khairul Zaim, seorang yang sentiasa aktif dalam persatuan, menyertai pertandingan pidato, pengucapan awam, karnival bahasa dan pelbagai program.Beliau turut terpilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MPP)sidang 2017/18 sebagai Penolong setiausaha serta Exco Hal Ehwal Agama MPP bagi sidang 18/19.

      Bagaimana Anda Boleh Berwaqaf dan Menyumbang?

      Anda boleh berwaqaf dan menyumbangan melalui:

      • Pejabat-pejabat YAWATIM
      • Waqaf melalui Wakil (Wakalah) YAWATIM
      • Waqaf Melalui Rakan Strategik
        (POS Malaysia, Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Mydin dan lain-lain)
      • Waqaf melalui Direct Debit
      • Skim Waqaf melalui potongan gaji

      Bantulah Kami Untuk Membantu
      Anak-anak Yatim
      dan Anak-anak Miskin

      Rakan Strategik

      Kebajikan Anak Yatim Tanggungjawab Bersama

      Website Ditaja Oleh

      Rakan Teknologi Anak Yatim