YAWATIM

Wakalah YAWATIM

YAWATIM mengalu-alukan penglibatan anda sebagai Wakalah bagi membantu mengumpul dana untuk Dana Kebajikan dan Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin YAWATIM menerusi dua skim Wakalah berikut:

WAKIL [WAKALAH INDIVIDU] YAWATIM

Adalah Sahabat PEYATIM yang sanggup membantu Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia [YAWATIM] bagi mempromosi dan mendapatkan sumbangan berbentuk Waqaf atau Infaq untuk Dana Kebajikan dan Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin YAWATIM. Wakil-wakil YAWATIM akan menerima saguhati atas daya usaha mereka.

RAKAN STRATEGIK [WAKALAH KORPORAT] YAWATIM

Adalah organisasi, pertubuhan, syarikat, koperasi & khariah masjid / surau yang sanggup membantu YAWATIM dalam pembangunan Dana dalam bentuk Waqaf atau Infaq wang tunai untuk Dana Kebajikan dan Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin YAWATIM. Wakil-wakil korporat YAWATIM akan menerima saguhati atas daya usaha mereka.

Syarat-syarat Perlantikan Wakil

1.
YAWATIM melantik orang-orang perseorangan yang beramanah, jujur dan komited sebagai WAKIL [WAKALAH] untuk membantu Yayasan ini bagi mendapatkan sumbangan berbentuk WAQAF atau INFAQ daripada orang-orang perseorangan atau syarikat dan organisasi untuk Pembangunan Dana Kebajikan dan Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin YAWATIM.
2.
YAWATIM juga melantik Pertubuhan, Syarikat atau Koperasi untuk menjadi RAKAN STRATEGIK atau WAKIL [WAKALAH] KORPORAT untuk membantu Yayasan ini bagi mendapatkan sumbangan yang berbentuk WAQAF atau INFAQ untuk Pembangunan Dana Kebajikan dan Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin YAWATIM.
3.
Orang perseorangan yang ingin menjadi WAKIL [WAKALAH] YAWATIM hendaklah terlebih dahulu menjadi Ahli Bersekutu PEYATIM [Sahabat PEYATIM] dengan mengemukan Borang Permohonan serta Yuran Keahlian sebanyak RM 10.00 seumur hidup. Permohonan boleh dibuat secara mengisi borang atau secara Online. Jawatankuasa Pengurusan PEYATIM akan meluluskan permohonan menjadi Ahli Bersekutu [Sahabat PEYATIM]
4.
Permohonan untuk menjadi WAKIL [WAKALAH] YAWATIM hendaklah dibuat menggunakan borang khas yang disediakan ataupun secara Online untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Pengurusan YAWATIM.
5.
YAWATIM akan mengenal pasti Syarikat-Syarikat, Organisasi atau Koperasi yang berpotensi untuk menjadi Rakan Strategik [Wakil / Wakalah Korporat]. Pelantikan ini adalah secara jemputan atas kesanggupan Syarikat, Organisasi atau Koperasi berkenaan. YAWATIM akan menyediakan Memorandum Persefahaman [MOU] dengan Rakan-Rakan Strategik [Wakil/Wakalah Korporat].
6.
Pihak YAWATIM akan menyediakan Garis Panduan Prosedur [SOP] serta Perjanjian yang harus dipatuhi oleh Wakil [Wakalah] YAWATIM. Para Wakalah juga hendaklah mengangkat IKRAR INTEGRITI dengan pihak YAWATIM. Pihak YAWATIM akan memberikan Surat Pelantikan kepada semua Wakil [Wakalah] yang lengkap dengan semua syarat, garis panduan & prosedur [SOP].
7.
Sumbangan WAQAF atau INFAQ kepada YAWATIM boleh dibuat menerusi:-

1. Bank Transfer ke Akaun YAWATIM
2. Cek atas nama YAWATIM
3. Wang Tunai menerusi Kupon Waqaf
4. Secara Online melalui waqaf onpay dan ewaqafyawatim

Sumbangan Wang Tunai yang diterima oleh Wakil / Wakalah wajib di masukkan kedalam Akaun Bank YAWATIM pada hari berikutnya dan pengsahan kemasukan wang tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Bahagian Kewangan & Akaun YAWATIM mengukut prosedur yang ditetapkan.
8.
Pihak YAWATIM sangat mengambil berat terhadap aspek INTEGRITI yang melibatkan Pengurusan Kewangan. Oleh yang demikian sekiranya terdapat mana-mana Wakil [Wakalah] yang didapati melanggar peraturan ataupun menyeleweng maka pihak YAWATIM akan menamatkan pelantikan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kesalahan yang dilakukan.
9.
Urusan mengenai pelantikan dan perhubungan dengan Wakil [Wakalah] adalah dibawah tanggungjawab dan seliaan Bahagian Pentadbiran & Modal Insan dan Bahagian Kewangan & Akaun YAWATIM.
10.
Pihak YAWATIM memberikan Saguhati sebanyak 10 % [Sepuluh Peratus] kepada Para Wakil [Wakalah] daripada jumlah kutipan jualan tanah untuk diwaqafkan atau Infak yang diperolehi atas daya usaha Wakil [Wakalah] / Rakan Strategik.