Projek Taman Rimba ASEAN (TRA) adalah merupakan salah satu projek pembangunan sosio-ekonomi ummah berlandaskan prinsip Islam dan konsep waqaf. Pembangunan (TRA) melibatkan satu usahasama strategik di antara Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA), dan University College Bestari (UCB).
Bagi Fasa 1, Pembangunan Dana Waqaf untuk Projek TRA memperkenalkan skim waqaf pendidikan & waqaf ekonomi. Manfaat dari Waqaf Pendidikan ini akan digunakan untuk membiayai Pembangunan Akademi Pengajian Islam Anak Yatim Atau Miskin ASEAN [APIA] dan Pusat Tahfiz Keusahawanan ASEAN di Lot HSD1989, PT 1487, Mukim Jengal, Dungun Terengganu. Penjualan tanah untuk diwaqafkan ini telah mendapat kelulusan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) No : 03 – 025 / 3 / 12 (12 ) bertarikh 1 Januari 2023 dengan kadar RM 10.00 bagi setiap 1 kaki persegi.
PELAN TAPAK TAMAN RIMBA ASEAN (TRA)

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM ANAK YATIM ATAU MISKIN ASEAN (APIA)
APIA adalah merupakan salah satu komponen utama di bawah tapak projek Taman Rimba ASEAN (TRA) melibatkan usahasama daripada ahli gabungan anak yatim atau miskin dari 8 buah negara ASEAN iaitu Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Kemboja, Vietnam dan Malaysia. APIA atau Akademi Pengajian Islam Anak Yatim Atau Miskin ASEAN adalah sebuah pembangunan pengajian Islam yang holistik berkonsepkan Tahfiz Keusahawanan di bawah tapak projek bersepadu Taman Rimba ASEAN (TRA).
Penubuhan APIA ini bermatlamat melahirkan para huffaz dalam kalangan anak-anak yatim atau miskin dari negara-negara ASEAN yang mempunyai sahsiah tinggi, luas ilmu pengetahuan agama beserta mahir dalam ilmu keusahawanan untuk menjadi Imam, pendakwah, dan usahawan Islam yang berjaya dan fasih dalam Bahasa Melayu. Hal ini selari dengan matlamat kerajaan Malaysia untuk melahirkan 125,000 penghafal Quran profesional menjelang tahun 2050 melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN). APIA diwujudkan bagi menangkis fahaman dan persepsi orang ramai dimana anak-anak tahfiz sering dipandang rendah dan serong serta tiada kemajuan terutama dalam bidang akademik. Menerusi APIA, modul pengajian berteraskan ilmu ketauhidan yang selari dengan bidang keusahawanan dalam kalangan anak-anak yatim atau miskin bakal melahirkan pelapis yang berkualiti dan berdaya saing untuk negara.
KOMPONEN UTAMA DALAM APIA

ILUSTRASI PEMANDANGAN KAWASAN

PLAN TAPAK

PLAN MASJID

ILUSTRASI MASJID

ILUSTRASI MASJID

ILUSTRASI MASJID

ILUSTRASI MASJID

PLAN ASRAMA DAN BILIK KULIAH

ASRAMA DAN BILIK KULIAH

ASRAMA DAN BILIK KULIAH

ASRAMA DAN BILIK KULIAH

ASRAMA DAN BILIK KULIAH

PLAN RUMAH TAMU DAN KUARTERS

RUMAH TAMU DAN KUARTERS

RUMAH TAMU DAN KUARTERS

RUMAH TAMU DAN KUARTERS

RUMAH TAMU DAN KUARTERS

RUMAH TAMU DAN KUARTERS
KAMPUS TAHFIZ SEMENTARA DI BUKIT KAPAH, TERENGGANU