University College Bestari (UCB) atau Kolej Universiti Bestari merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pertama yang berusaha memartabatkan anak-anak Melayu miskin, golongan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru, penubuhan UCB tidak bermotifkan keuntungan semata-mata (non-profit making institution), tetapi lebih ke arah kebajikan dan pembangunan ummah.
UCB turut merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana supaya peluang pendidikan ini juga dirasai oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara.
Seiring dengan matlamat kebajikan tersebut, pihak UCB turut membuka peluang kepada masyarakat untuk bersama menyumbang melalui Program Waqaf Pendidikan serendah RM30 bagi setiap lot bersamaan 0.1 m². Sumbangan waqaf ini bertujuan menyokong pembangunan fasiliti pendidikan, kebajikan pelajar asnaf dan anak yatim, serta memperkukuh dana pendidikan berterusan agar lebih ramai pelajar kurang berkemampuan dapat menikmati akses pengajian tinggi. Setiap lot waqaf yang disumbangkan menjadi saham akhirat yang berterusan selagi mana manfaatnya digunakan untuk tujuan pendidikan dan kebajikan.