YAWATIM

Skim Waqaf & Infaq

Bagi membangunkan dana, orang ramai boleh berwaqaf dan berinfaq menerusi dua skim berikut iaitu Waqaf Tanah University College Bestari (UCB) Setiu, Terengganu dan Infaq Tunai untuk Pembangunan Dana Kebajikan dan Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin YAWATIM.

Skim Waqaf Tanah University College Bestari [UCB] Setiu, Terengganu

Menerusi skim ini orang ramai boleh membeli lot-lot tanah di kampus UCB seluas 320 ekar di Lot No. 3214 Mukim Tasik, Setiu, Terengganu dengan kadar RM 30.00 satu kaki persegi untuk diwaqafkan kepada PEYATIM. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu [ MAIDAM ] telah meluluskan pewaqafan ini pada 13 Julai 2009 menerusi surat kelulusannya MAIDAM 03-003/46-(11)

Skim Infaq Tunai untuk Pembangunan Dana Kebajikan dan Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin YAWATIM

Menerusi skim ini orang ramai boleh berinfaq secara tunai kepada Pembangunan Dana Kebajikan dan Pendidikan Anak-anak Yatim & Anak-anak Miskin YAWATIM. Dana ini digunakan untuk membiayai pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi anak-anak yatim dan anak-anak miskin.

LAIN-LAIN SALURAN BERWAQAF

Pejabat-pejabat YAWATIM Seluruh Malaysia

Pejabat-pejabat YAWATIM Seluruh Malaysia
• Ibu pejabat YAWATIM, No 37, Jalan Nirwana 39, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor darul Ehsan.
• Pejabat-Pejabat YAWATIM di seluruh Malaysia

Waqaf Melalui Wakil / Waqalah YAWATIM

(Layari www.yawatim.com untuk senarai ejen)

Waqaf Online

Online Ewaqafyawatim

Online Onpay

Sumbangan.com

Waqaf Melalui Rakan Stategik

i) Kaunter utama di semua cawangan seluruh negara
ii) Online Waqaf

https://www.posonline.com.my

https://www.mybsn.com

Skim Waqaf melalui Direct Debit

Potongan waqaf dan infaq secara bulanan melalui Direct Debit boleh dibuat secara online melalui portal ewaqafyawatim.org

Tekan disini

Skim Waqaf melalui Potongan Gaji

(Kakitangan Kerajaan, Swasta, Syarikat dan Individu)

Berwaqaf secara Pindahan Atas Talian/ATM ke akaun YAWATIM

Sila daftar waqaf anda selepas pindahan wang waqaf dibuat dengan whatsapkan bukti transaksi dan maklumat berikut (Nama penuh, no. KP, alamat, emel dan niat waqaf kepada siapa) ke no. 011 5696 4145.

Sertai kami, sebagai...

SAHABAT PRIHATIN YAWATIM

Adalah organisasi atau syarikat-syarikat korporat yang sudi memberikan sumbangan dalam bentuk Waqaf atau Infaq wang tunai ataupun harta benda kepada Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia [YAWATIM] untuk Pembangunan Dana Kebajikan dan Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin YAWATIM.