YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Hi-Tea Anjuran YAWATIM Bersama Majlis Perundingan Melayu (MPM)

28 November 2024 – Majlis Hi-Tea anjuran Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM) bersama Majlis Perundingan Melayu (MPM) telah berlangsung dengan penuh harmoni dan berprestij. Majlis ini diadakan bagi meraikan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan agenda kebajikan anak yatim atau miskin khususnya melalui inisiatif wakaf pendidikan yang diperjuangkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM).

Acara utama pada majlis ini adalah penyerahan Sijil Wakalah kepada pihak Majlis Perundingan Melayu (MPM), melambangkan komitmen YAWATIM untuk memperluas manfaat wakaf melalui kerjasama dengan badan-badan yang berwibawa seperti MPM. Penyerahan sijil ini disaksikan oleh para jemputan kehormat dan ahli-ahli di bawah naungan kerabat MPM serta jemputan Ahli Sahabat PEYATIM serta jemputan ahli korporat yang lain, sekaligus menjadi langkah awal dalam mengukuhkan sinergi untuk merealisasikan matlamat kebajikan bersama.

Selain itu, satu taklimat ringkas berkaitan Waqaf PEYATIM turut disampaikan oleh Presiden PEYATIM, YM. Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor kepada hadirin dan taklimat dari Dato’ Dr Hasan Mad, Setiausaha Agung MPM  sebagaimana penglibatan MPM selaku Wakalah Korporat. Taklimat ini bertujuan untuk memperjelaskan visi dan misi YAWATIM dalam memperkasakan wakaf sebagai instrumen pembangunan yang mampan. Para hadirin diberi penerangan mengenai peranan dan potensi wakaf dalam membantu membangunan pendidikan anak-anak yatim atau miskin di bawah PEYATIM.

Majlis ini juga menjadi platform penting untuk memperkukuhkan hubungan antara YAWATIM dan MPM, di samping membuka peluang untuk lebih banyak kolaborasi di masa hadapan. Dengan kehadiran para pemimpin, wakil-wakil badan bukan kerajaan, serta pelbagai pihak berkepentingan, majlis ini menjadi tanda aras baru dalam usaha memperkasakan kebajikan pendidikan anak yatim atau miskin melalui pendekatan bersepadu.

YAWATIM terus komited untuk memainkan peranannya sebagai pemangkin perubahan positif dalam masyarakat melalui inisiatif wakaf dan kebajikan anak yatim yang menyeluruh. Kerjasama dengan Majlis Perundingan Melayu (MPM) ini pasti akan memberi impak yang signifikan dalam memperjuangkan kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat Melayu di Malaysia.

Majlis Hi-Tea ini bukan sahaja menjadi simbol keakraban antara YAWATIM dan MPM tetapi juga sebagai titik tolak kepada lebih banyak peluang untuk mengembangkan usaha wakaf demi manfaat pendidikan anak yatim atau miskin di bawah PEYATIM.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *