YAWATIM

Berita & Aktiviti

Aktiviti

Presiden PEYATIM Terima Anugerah“ Leaders Of The Decade”

14 Oktober 2026 – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor, Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), atas pengiktirafan anugerah “Leaders of the Decade” sempena Annual Women Economic Forum (WEF) & G100 Global Meet 2026. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah …

Presiden PEYATIM Terima Anugerah“ Leaders Of The Decade” Baca Seterusnya »

Majlis Penyerahan Biasiswa Pendidikan Sadaqa House 2026

12 Oktober 2026 – University College Bestari (UCB) terus komited dalam memperkasa pendidikan dan membina masa depan anak-anak yatim melalui kerjasama strategik antara Sadaqa House Bank Islam Malaysia Berhad dan PEYATIM Malaysia yang telah terjalin sejak tahun 2022. Sehingga tahun 2026, lebih RM3.14 juta telah disalurkan kepada lebih 500 penerima manfaat menerusi pelbagai inisiatif pendidikan, …

Majlis Penyerahan Biasiswa Pendidikan Sadaqa House 2026 Baca Seterusnya »

Sesi Lawatan Tanda Aras Pengurusan Zakat : Kutipan dan Agihan Melibatkan Yayasan

1 Oktober 2026 – Kolej Teknologi Bestari Caw. Ampang bersama YAWATIM telah mengadakan sesi lawatan tanda aras ke Yayasan KUIS dan Yayasan Universiti Multimedia bagi pengurusan zakat, khususnya aspek kutipan dan agihan zakat yang melibatkan yayasan. Sebagai Penolong Amil Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di bawah Lembaga Zakat Selangor lawatan ini menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, …

Sesi Lawatan Tanda Aras Pengurusan Zakat : Kutipan dan Agihan Melibatkan Yayasan Baca Seterusnya »

Hari Cuci Malaysia 2026

26 September 2026 – YAWATIM dan PEYATIM dengan kerjasama rakan strategik, KK Mart serta ahli gabungan PEYATIM, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras (RKHPJ), telah berganding bahu menjayakan satu program gotong-royong yang bertujuan membersihkan dan menceriakan persekitaran rumah kebajikan tersebut. Program ini melibatkan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada warga KK Mart, PEYATIM, YAWATIM dan …

Hari Cuci Malaysia 2026 Baca Seterusnya »

“𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔” Setiap Langkah Membawa Harapan

20 September 2026 – Larian Amal Langkah Kasih 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dataran DBKL, Kuala Lumpur, dengan penyertaan kira-kira 1,500 peserta, termasuk anak-anak yatim daripada ahli gabungan PEYATIM dari seluruh negara. Acara dimulakan dengan ketibaan para peserta sebelum sesi flag off pada jam 7.00 pagi yang telah disempurnakan oleh Presiden PEYATIM Malaysia, …

“𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔” Setiap Langkah Membawa Harapan Baca Seterusnya »

Mesyuarat Majlis Tertinggi PEYATIM Kali Ke-42 (Sesi 2025-2028)

6 Ogos 2026 – Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi PEYATIM Kali Ke-42 (Sesi 2025–2028) yang berlangsung di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Anjung Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini menghimpunkan barisan kepimpinan serta perwakilan daripada Ahli Gabungan PEYATIM dari seluruh negara bagi membincangkan pelbagai agenda strategik …

Mesyuarat Majlis Tertinggi PEYATIM Kali Ke-42 (Sesi 2025-2028) Baca Seterusnya »

YAWATIM dan CPRO Solution Sdn. Bhd. Meterai Memorandum Persefahaman (MoU) Perkasa Pendigitalan Dana Pendidikan Anak Yatim

4 Ogos 2026 – Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama CPRO Solution Sdn. Bhd. sebagai langkah strategik ke arah memperkukuh pembangunan dana pendidikan anak yatim melalui penyelesaian dan platform digital. Kerjasama ini merupakan kesinambungan daripada sesi perbincangan yang telah diadakan sebelum ini bersama Bank Simpanan …

YAWATIM dan CPRO Solution Sdn. Bhd. Meterai Memorandum Persefahaman (MoU) Perkasa Pendigitalan Dana Pendidikan Anak Yatim Baca Seterusnya »

YAWATIM Hadir Memperkukuh Agenda Wakaf di Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) Antarabangsa 2026 Anjuran PERKIM Kebangsaan

27 Julai 2026 – PEYATIM dan YAWATIM telah berpeluang menghadiri Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) 2026 yang dianjurkan oleh PERKIM bertempat di Dewan Plenery, KLCC. Konvensyen ini berjaya menghimpunkan lebih 1,500 peserta dari dalam dan luar negara bagi membincangkan peranan wakaf sebagai pemacu pembangunan dakwah, pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan ummah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh …

YAWATIM Hadir Memperkukuh Agenda Wakaf di Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) Antarabangsa 2026 Anjuran PERKIM Kebangsaan Baca Seterusnya »

Program Sambutan Hari Anak Yatim PEYATIM 2026

18 Julai 2026 – Program Sambutan Hari Anak Yatim PEYATIM 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh bermakna dan berjaya menghimpunkan anak-anak yatim daripada Ahli Gabungan PEYATIM seluruh negara, para penaja, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakan strategik, penyumbang serta masyarakat yang hadir untuk bersama-sama menzahirkan kasih sayang dan keprihatinan kepada anak-anak yatim. …

Program Sambutan Hari Anak Yatim PEYATIM 2026 Baca Seterusnya »

Program Reakasih: Rea Empire Terus Menyantuni Anak-anak Yatim Bersama PEYATIM

5 Julai 2026 (Ahad) – Telah berlangsung dengan jayanya Program REAKASIH, hasil kerjasama PEYATIM, REA Empire dan Ahli Gabungan PEYATIM yang diadakan di RumahKasihHarmoni Payajaras, Selangor. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bersempena Hari Anak Yatim 1448H, yang bertujuan menyantuni anak-anak yatim melalui aktiviti khidmat gunting rambut percuma yang memberikan kegembiraan, kasih sayang serta pengalaman …

Program Reakasih: Rea Empire Terus Menyantuni Anak-anak Yatim Bersama PEYATIM Baca Seterusnya »