
1 Oktober 2026 – Kolej Teknologi Bestari Caw. Ampang bersama YAWATIM telah mengadakan sesi lawatan tanda aras ke Yayasan KUIS dan Yayasan Universiti Multimedia bagi pengurusan zakat, khususnya aspek kutipan dan agihan zakat yang melibatkan yayasan.


Sebagai Penolong Amil Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di bawah Lembaga Zakat Selangor lawatan ini menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta menimba ilmu berkaitan pengurusan zakat yang lebih sistematik, cekap dan berkesan.
Diharapkan hasil lawatan ini dapat memperkukuh pengurusan zakat di KTB sekali gus meningkatkan keberkesanan penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya dalam penyokong kebajikan dan pembangunan pendidikan pelajar. Semoga jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu ini terus diperkasakan demi manfaat ummah.

