YAWATIM

Berita & Aktiviti

MOU YAWATIM Dengan Golden Broad Base Holdings Sdn Bhd

25 Apr 2024 – Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM) semalam telah  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Golden Broad Base Holdings Sdn Bhd bagi menjalinkan persefahaman mengenai kerjasama membangunkan pendidikan anak-anak yatim dan asnaf berpusat di Kuala Lumpur.

Dengan termeterainya memorandum ini, kedua-dua belah pihak akan bekerjasama menyediakan kemudahan pendidikan yang kondusif di pusat bandar Kuala Lumpur. Pelajar juga akan diberikan pendedahan awal kepada dunia pekerjaan untuk meningkatkan kebolehpasaran sekaligus  menawarkan aktiviti perniagaan bagi penjanaan sumber pendapatan pelajar itu sendiri khususnya dalam bidang ekonomi dan keusahawanan.

MoU ditandatangani Presiden PEYATIM, YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor disaksikan oleh Dr Hj Mazlan Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif I YAWATIM dan YAP Hon Kee, Pengarah Golden Broad Base Holdings disaksikan oleh YAP Keong Foon, CEO Golden Broad Base Holdings serta diperhatikan oleh  Dato’ Dr. Yap Wee Leong, Pengerusi Golden Broad Base Holdings Sdn Bhd.

Bersempena bulan Syawal ini juga, PEYATIM Group turut meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan disertai oleh organisasi di bawah PEYATIM iaitu YAWATIM dan KTB.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *