YAWATIM

Berita & Aktiviti

Jalinan Kerjasama Pintar Bersama Rakyat Trustee Berhad

13 Mac 2024, Rabu – Sesi kunjungan hormat menemui pengurusan tertinggi Rakyat Trustee Berhad telah berlangsung pagi tadi bagi meneruskan kerjasama bersama agensi korporat dalam membantu membangunkan pendidikan anak-anak yatim dan miskin.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif YAWATIM, Dr Hj Mazlan Ahmad bersama pengurusan tertinggi YAWATIM. Manakala Rakyat Trustee Berhad diwakili oleh Pengarah Urusan, Faudzi Mt Din.

Agenda perbincangan adalah berkisarkan tentang mewujudkan satu program pendanaan khusus melalui platform Rakyat Trustee bagi membantu membangunkan  pendidikan anak-anak yatim dan miskin di bawah PEYATIM. Agenda lain yang turut dibincangkan adalah program merakyatkan anak yatim melalui pendekatan bantuan satu keluarga satu anak yatim mengikut keperluan mereka.

Hasil perbincangan tersebut pihak Rakyat Trustee menyatakan sokongan dan kata sepakat serta bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Rakan Strategik YAWATIM untuk turut sama mendokong misi dan visi yang diperjuangkan oleh PEYATIM Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *