10 Mac 2024 – PEYATIM GROUP yang terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia(PEYATIM), Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM), Universiti College Bestari (UCB), Kolej Teknologi Bestari (KTB), dan Institut Kemahiran Bestari (IKB) telah menandatangani dan memeterai memorandum persafahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi MARA (UITM). Melalui jalinan kerjasama bersama UITM yang merupakan universiti terbesar di negara ini yang mana mempunyai sebanyak 34 buah cawangan di seluruh negara, pastinya bakal memberikan manfaat kepada kedua belah pihak melalui kerjasama di dalam bidang akademik bagi membela nasib golongan bumiputera khususnya daripada golongan kurang berkemampuan termasuklah anak-anak yatim.


Selain itu, kerjasama ini juga bermatlamat untuk memperkasakan waqaf ke peringkat lebih tinggi khususnya bagi membangunkan dana pendidikan anak yatim atau miskin Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke institusi yang ditubuhkan oleh PEYATIM iaitu Universiti College Bestari (UCB), Kolej Teknologi Bestari (KTB), Institut Kemahiran Bestari (IKB) dan Akademi Pengajian Islam Anak Yatim Atau Miskin ASEAN (APIA).
YAWATIM yang merupakan organisasi pembangunan dana di bawah PEYATIM telah dipertanggungjawabkan membangunkan dana pendidikan anak yatim dan miskin melalui penjualan tanah untuk diwaqafkan sejak tahun 2011 sehingga kini melalui beberapa kerjasama Rakan Korporat yang telah dilantik.
Majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak telah berlangsung dengan jayanya petang ahad bertempat di UITM cawangan Dungun , Terengganu. Memorandum persefahaman (MoU) ini telah ditandatangani oleh Presiden PEYATIM iaitu YM. Prof. Dato’ Dr. Hj. Tengku Mahmud Bin Mansor dan Vice Canselor Universiti Teknologi MARA (UITM) Profesor Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib@Sahibuddin. Majlis ini turut dihadiri pihak pengurusan tertinggi PEYATIM Group dan UITM.
Presiden PEYATIM, YM. Prof. Dato’ Dr. Hj. Tengku Mahmud Mansor menyatakan penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak Universiti Teknologi MARA (UITM) untuk turut sama membantu usaha yang dijalankan ini.

