Lawatan dan kerjasama promosi waqaf tanah PEYATIM di Pos Malaysia adalah aktiviti berterusan yang dijalankan di peringkat semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Pegawai-pegawai YAWATIM akan membuat lawatan dan membuat promosi bersama dalam meningkatkan kutipan waqaf serta memperhebatkan promosi waqaf tanah PEYATIM ini di cawangan-cawangan Pos Malaysia agar semua rakyat Malaysia berpeluang berwaqaf bersama kami demi pembangunan, pendidikan, kebajikan dan sosio ekonomi anak-anak yatim serta anak-anak miskin Malaysia.
Kini orang ramai boleh berwaqaf dengan mudah mengikut pilihan masing-masing samada secara online atau di kaunter Pos Malaysia.


