YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Bacaan Yasin anjuran YAWATIM

YAWATIM menganjurkan majlis bacaan yasin secara atas talian pada 16 Julai 2021 (Jumaat). Majlis ini berlangsung melalui aplikasi google meet dan dijayakan bersama semua ahli Kumpulan PEYATIM Group yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan pengurus-pengurus asrama anak yatim dari  YAWATIM, PEYATIM, UCB, KTB, IKB dan Ahli Gabungan PEYATIM yang terdiri dari rumah-rumah anak yatim seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Majlis ini telah dimulakan pada jam 11.30 pagi dan bacaan yasin diketuai oleh Dr. Mazlan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Eksekutif I YAWATIM.

Program bacaan yasin ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh YAWATIM untuk memohon perlindungan dari Allah SWT agar pandemik Covid-19 berakhir segera dan kami juga mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia terutamanya pewaqaf-pewaqaf yang pemurah dan dermawan. Selain itu juga, diharapkan dengan adanya majlis ini dapat memberi kebaikan dan mengeratkan hubungan silaratulrahim diantara semua ahli PEYATIM Group.