YAWATIM

Berita & Aktiviti

Sumbangan CSR dari Richwood Venture Berhad kepada rumah Anak Yatim Amar Rukaiyah anjuran YAWATIM

29 Ogos 20201 : YAWATIM menganjurkan satu majlis penyerahan sumbangan peralatan pencegahan Covid 19 sebagai tanggungjawab korporat sosial dari pihak Richwood Venture Berhad kepada salah sebuah ahli gabungan PEYATIM iaitu Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Rukaiyah, Sg Merab Kajang, Selangor. Barangan sumbangan tersebut ialah seperti mesin oksigen, mesin sanitizer, kit ujian kendiri  Covid-19 dan beberapa keperluan barangan makanan.

Pihak Rumah Kebajikan Amar Rukaiyah amat berterima kasih kepada pihak YAWATIM yang diketuai oleh Dr. Mazlan bin Ahmad serta  wakil-wakil dari Richwood Venture Berhad diatas sumbangan yang diberikan. Barangan yang disumbangkan dapat membantu mereka dalam mencegah dan menangani penyebaran Covid 19 di persekitaran rumah anak yatim tersebut.

Sekiranya orang ramai berminat untuk menyumbang barangan dan keperluan untuk anak-anak yatim , sumbangan tersebut boleh disumbang terus ke rumah anak-anak yatim atau mlalui YAWATIM dan PEYATIM.