12 September 2021 – Dr. Mazlan Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif YAWATIM dijemput menjadi salah seorang fasilitator di dalam Kongres Ekonomi Rakyat bagi slot 4 sesi diskusi Pembangunan Ekonomi Rakyat.
Antara matlamat kongres ekonomi rakyat (KER) adalah untuk membina rangkaian ekonomi yang saling bekerjasama dan menyokong di antara satu sama lain, yang akhirnya membina satu ekosistem perniagaan yang lestari yang sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT.
Dr. Mazlan Ahmad di dalam perbincangannya lebih menfokuskan penerangan dan pelaksanaan memperkasakan peranan wakaf dalam usaha membangunkan ekonomi negara. Penglibatan semua pihak termasuk korporat dan kerajaan adalah sangat penting dalam memperhebatkan lagi aktiviti pembudayaan dan sosialisasi wakaf ke arah mewujudkan masyarakat celik wakaf dengan merangka pelan pembudayaan holistik dan komprehensif yang perlu dilaksanakan di peringkat nasional dan negeri dengan kerjasama Majlis agama Islam negeri-negeri.
