AMPANG, 9 DISEMBER 2021- Mesyuarat Agung Tahunan PEYATIM Kali Ke – 30 / 2021 (Sesi 2019 – 2022) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Cempaka Kelab Darul Ehsan, Ampang Selangor. Mesyuarat dirasmikan oleh Presiden PEYATIM, YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor. Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Presiden PEYATIM, YBhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Mohd. Yussof Bin Abdul Latiff dan semua Ahli-ahli Gabungan PEYATIM setiap negeri.

Mesyuarat Agung PEYATIM ini juga dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YAWATIM, YBhg Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan yang turut sama membentangkan Pelan Perancangan Strategik YAWATIM 2021 – 2025 kepada semua ahli mesyuarat dan telah mendapat maklum balas yang sangat positif dari semua ahli mesyuarat.
Di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PEYATIM Kali Ke – 30 ini, majlis diserikan dengan upacara penyerahan simbolik Mockup Cek oleh Pengasas OTAi Group iaitu Dr. KH. Sifu Khalifah Suhaimi bin Haji Abas sejumlah RM1,000,000 dan dari Yayasan Taqwa-MAIWP disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Taqwa MAIWP, YBhg. Dato’ Haji Razali bin Haji Shahabudin sejumlah RM50,000. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pemangku KPE Yayasan Taqwa MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan . Seluruh keluarga PEYATIM Group mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan kewangan yang diberikan.


Penyerahan Mockup Cheque sumbangan dari Yayasan Taqwa-MAIWP