5 JAN 2022, Ampang, Selangor – Mesyuarat Lembaga Amanah YAWATIM 2021 telah diadakan dengan jayanya dengan dihadiri oleh Ahli Lembaga Amanah YAWATIM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Eksekutif YAWATIM YM Prof. Dato’ Dr Haji Tengku Mahmud bin Mansur. Ahli Lembaga Amanah YAWATIM yang hadir dalam mesyuarat ini adalah YBhg Dato’ Dr Haji Nooh bin Gadot ( Online dari Johor ), YBrs Tuan Nazli Amirri bin Ngah ( KPSU MAIDAM ), YBrs Puan Hajah Esah @ Rabiah binti Md Salleh ( PSU PEYATIM ) & YBrs Tuan Iskandar Arash bin Mahmod @ Ariffin.

Turut serta dalam mesyuarat ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif YAWATIM, YBhg Datuk Haji Abdul Rahim Bin Hassan yang membentangkan Perancangan Strategik YAWATIM 2021-2025 & Cadangan Pembangunan Projek Taman Rimba ASEAN ( TRA ), Terengganu. Semua Ahli Lembaga Amanah YAWATIM menyambut baik segala perancangan yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YAWATIM dan memberi sokongan padu agar perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya.