YAWATIM

Berita & Aktiviti

Pembangunan Kawasan Bersepadu Anak Yatim Bakal dibina di Dungun

KUALA LUMPUR, 12 Februari 2022- Pertubuhan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) sedang dalam usaha membangunkan projek pembangunan kawasan bersepadu Tamba Rimba ASEAN (TRA) berkeluasan 560 hektar di Mukim Jengai, Dungun Terengganu.

Presiden Peyatim, Prof. Dato’ Dr Haji Tengku Mahmud Mansor, perancangan pembangunan yang masih di peringkat awal itu dilaksanakan untuk memastikan kepentingan anak yatim dan anak miskin di Malaysia dan lapan negara lain di rantau Asia Tenggara.

Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan, Pengerusi Sahabat PEYATIM, ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Sahabat PEYATIM di sebuah hotel di ibu kota, di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau, projek yang bakal ditaja sepenuhnya oleh dana wakaf itu akan memiliki tiga komponen utama iaitu Akademi Pengajian Islam ASEAN, pusat ekopelancongan dan pendidikan serta pembangunan sosial ekonomi.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/187565/BERITA/Nasional/Pembangunan-kawasan-bersepadu-anak-yatim-bakal-dibina-di-Dungun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *