Sabtu 12 Februari 2022 – Majlis Perjumpaan Sahabat PEYATIM Malaysia telah diadakan dengan jayanya di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Buat julung kalinya pihak PEYATIM mengadakan pertemuan dalam kalangan Ahli-ahli Sahabat PEYATIM serta para penyokong Perjuangan PEYATIM. Penganjuran majlis ini dihadiri oleh pelbagai pihak terdiri daripada pembuat dasar, golongan pemikir, masyarakat ilmuan, pemimpin masyarakat, pemimpin pertubuhan, golongan korporat serta pengamal media massa dalam usaha membela kebajikan dan membina masa depan yang cemerlang untuk anak-anak yatim di Malaysia.

Pada majlis tersebut, YM Prof. Dato’ Dr Haji Tengku Mahmud Bin Mansur yang merupakan Presiden PEYATIM telah memberikan ucap utama kepada tetamu yang hadir. Presiden PEYATIM turut menerangkan mengenai PEYATIM serta Organisasi & Institusi-institusi dibawahnya iaitu YAWATIM, UCB, KTB & IKB yang disebut sebagai PEYATIM Group.

Turut diiringi dalam majlis ini adalah Datuk Haji Abdul Rahim Bin Hassan selaku Pengerusi Sahabat PEYATIM Malaysia merangkap Ketua Pegawai Eksekutif YAWATIM yang turut sama membentangkan beberapa intipati penting mengenai Sahabat PEYATIM kepada ahli-ahli sahabat yang hadir. Majlis diserikan lagi dengan upacara watikah perlantikan Rakan Strategik PEYATIM serta Ahli Jawatankuasa Sahabat PEYATIM Malaysia peringkat pusat dan negeri. Perjalanan majlis berlangsung dengan sempurna dan telah mencapai tujuan yang diharapkan.

