14 April 2022 – Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan, CEO YAWATIM telah membuat kunjungan hormat kepada Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer, CEO Kumpulan Barkath Sdn Bhd di Ibu Pejabat Kumpulan Barkath Sdn Bhd di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Melawat Ibu Pejabat Serta Gudang Barkath Group
Kumpulan Barkath Sdn Bhd telah beroperasi selama 82 tahun dan kini telah menjadi sebuah syarikat Bumiputera yang terkemuka dan merupakan pengeluar kepada beberapa produk yang terkenal iaitu minuman kordial Sunquick dan juga gula-gula Hacks serta banyak lagi.
YAWATIM menerima respon yang sangat positif dari Dato Seri Barkath Ali & Barkath Group kerana mereka sudi membantu PEYATIM, YAWATIM & UCB serta bersetuju untuk mewujudkan Kerjasama Strategik dalam usaha menjaga kebajikan anak-anak yatim di bawah PEYATIM.
Perbincangan bersama Dato Seri Barkath Ali berkaitan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan di antara Barkath Group dan YAWATIM.
Turut sama dalam pertemuan ini adalah YBhg Dato Razil Dato Hj Abd Rahim, Timbalan Pengerusi Sahabat PEYATIM Pulau Pinang & En Mohd Azlan Yusof, Pengurus YAWATIM Pulau Pinang. YAWATIM sangat berbesar hati kerana Datuk Seri Barkath Ali sudi membawa Datuk Haji Abdul Rahim serta yang lain untuk melawat gudang penyimpanan produk-produk daripada Barkath Group.
Semoga perniagaan Barkath Group bertambah maju dan dapat membantu YAWATIM dalam memberi sumbangan kepada usaha Pembangunan Dana Pendidikan Anak-anak Yatim dan Anak-anak Miskin.