1 April 2022 – YAWATIM dengan kerjasama dari pihak KTB Caw Ampang dan PEYATIM telah Berjaya menganjurkan satu Seminar dan Webinar Pemantapan Solat yang telah disampaikan oleh pendakwah bebas yang sangat popular iaitu Yang Berbahagia Ustaz Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan.

Mohammad Hadi Zahalan
Seminar ini sangat bermanfaat kerana banyak pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Dr Nur Mohammad Hadi dalam memantapkan solat kita. Para peserta juga berkesempatan untuk bertanyakan soalan berkaitan solat dan secara langsung dapat membantu memantapkan solat seharian serta merungkai sebarang kemusykilan. Seminar ini juga turut disertai oleh semua ahli PEYATIM Group dan dibuka kepada orang ramai.