YAWATIM

Berita & Aktiviti

Mengunjungi Kaunter Waqaf YAWATIM di Mydin Mall Vista, Sarawak.

19 April 2022 – Semasa lawatan kerja di Kuching, Sarawak, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan, CEO YAWATIM berkesempatan meninjau dan mengunjungi Kaunter Waqaf YAWATIM di Mydin Mall Vista, Petra Jaya Sarawak.

Serahan Kupon Waqaf kepada Pengurus Negeri Sarawak

Datuk CEO juga telah membuat serahan Kupon Waqaf yang baru siap dicetak kepada Pengurus Negeri Sarawak untuk mula digunakan di kaunter-kaunter Waqaf Yawatim di seluruh negara. Datuk CEO juga telah waqaf menerusi Kupon Waqaf di kaunter Waqaf YAWATIM di Mydin Vista semalam.

Beberapa staf pengurusan Mydin Mall Vista juga turut sama hadir di kaunter Waqaf YAWATIM untuk mengalukan-alukan kedatangan Datuk CEO YAWATIM di sana. Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua staf Mydin Mall Vista yang telah banyak membantu YAWATIM selama ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *