8 Mei 2022 – Datuk Haji Abdul Rahim Hassan, Pengerusi Sahabat PEYATIM Malaysia hari ini berkesempatan untuk menyerahkan Hamper Hari Raya daripada Sahabat PEYATIM Malaysia kepada Asrama Anak Yatim, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu ( PERKAYA ) di Marang.


Hamper-hamper tersebut telah diserahkan kepada Puan Fariha Muda, Pengetua Asrama serta dihadiri oleh anak-anak dari asrama tersebut. Hadir sama semasa majlis ini ialah Encik Faizal Mohamad, Timbalan Pengerusi Sahabat PEYATIM Terengganu & Puan Noridayati Zainal, Pengurus YAWATIM Negeri Terengganu.