12 Mei 2022 – Penghantaran hamper raya ke Rumah Anak Yatim di Negeri Sembilan telah dibuat dengan jayanya oleh Pengurus Negeri Sembilan bersama-sama Timbalan Pengerusi Sahabat Peyatim Negeri Sembilan Datuk Ramli, Sahabat Peyatim Negeri Sembilan Datuk Md Nor Nordin, Datin Yang Chik, Datuk Ali dan Encik Wahid.


Di antara Asrama anak Yatim yang di bawah Gabungan PEYATIM di Negeri Sembilan ialah Rumah Anak Yatim Darul Aminan, Rumah Anak Yatim Al Khair Sikamat, Rumah Anak Yatim Peyakin Kundor, dan Yayasan Anak Yatim Islam Port Dickson.
Datin Yang Chik sempat menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Peyakin, Negeri Sembilan semasa program berlangsung sebagai tanda kasih dan prihatin kepada golongan anak yatim.

