YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Sambutan Hari Pesara Peringkat Kebangsaan

19 Julai 2022 – Ucapan penghargaan dan jutaan  terima kasih kepada Presiden KUPEKMAS, Kelab Pesara Kerajaan Malaysia, Datuk Omar Osman di atas jemputan ke Majlis Pesara Malaysia Peringkat Kebangsaan di Dewan Bistari, Ayer Keroh, Melaka.

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Jailani Bin Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka.

Terima kasih sekali lagi diucapkan di atas pemberian sijil penghargaan kepada PEYATIM Malaysia. InShaaAllah kami di PEYATIM & YAWATIM akan sentiasa memberi kerjasama dan sokongan yang baik dalam program-program akan datang.

Tidak lupa juga kepada ahli-ahli KUPEKMAS yang hadir dari seluruh Malaysia, yang sentiasa memberi sokongan, sumbangan dan membeli Waqaf PEYATIM bagi tujuan pembangunan dana pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin PEYATIM.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *