22 Julai 2022 – Di hari Jumaat yang mulia ini, PEYATIM, YAWATIM & KTB telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat di Dewan KTB Ampang.
Majlis ilmu ini turut dihadiri CEO YAWATIM Dato Haji Abdul Rahim Hasan, barisan kepimpinan PEYATIM, YAWATIM & KTB serta pelajar-pelajar dari KTB.


Majlis ini dianjurkan bagi memohon semoga Warga & Komuniti PEYATIM diberi rahmat, keberkatan & perlindungan oleh Allah SWT. Kita juga memohon agar perjalanan Forum YATIM ASEAN di UCB & Acara Meletak Batu Asas Masjid OTAI @ TRA sempurna pelaksanaannya.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir.