YAWATIM

Berita & Aktiviti

Lawatan Pihak Bank Islam Ke Asrama Gabungan PEYATIM Negeri Selangor

27 Julai 2022 – Pihak Bank Islam yang diwakili oleh Ustaz Abdulhadi bin Ab Rahman membuat lawatan ke rumah-rumah anak yatim di wabah Gabungan PEYATIM Selangor yang menerima dana penambahbaikan menerusi Program Sadaqah House anjuran Bank Islam. Mereka membuat pemantauan terhadap kerosakan yang ada serta keperluan-keperluan asrama yang dilawati .

Turut hadir bersama semasa lawatan ini ialah Setiausaha Agung PEYATIM, Tuan Yun Hanimi dan ahli pengurusan rumah-rumah anak yatim dan juga Pengurus Negeri Selangor, Cik Wan Roziana binti Wan Abdullah.

Di dalam perjumpaan ini, turut diselitkan perbincangan bersama pengurusan rumah-rumah anak yatim di negeri Selangor berkenaan taklimat mengenai kerjasama dengan Otai Group. Pihak pengurusan bersedia mengumpul data-data alumni  anak-anak yatim yang masih menganggur untuk diadakan sesi taklimat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *