10 Ogos 2022 – Hari ini berlangsungnya satu program Upacara Pecah Tanah dan Peletakan Batu Asas Masjid Otai, di tapak Projek Taman Rimba ASEAN [ TRA ] Mukim Jengal, Dungun , Terengganu.
Projek pembangunan Taman Rimba ASEAN [ TRA ] ini adalah satu inisiatif dan daya usaha bersama di antara PEYATIM Malaysia, PERKAYA dan University College Bestari ( UCB ).



Majlis ini turut dihadiri para Delegasi ASEAN yang terdiri daripada Negara Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Filipina, dan Malaysia yang turut akan menyempurnakan upacara Pecah Tanah dan Perletakan Batu Asas Masjid Otai Group Malaysia.
Delegasi ASEAN yang tiba di Kuala Lumpur semalam dibawa ke Tapak TRA, Kuala Jengal Dungun hari ini dengan diiringi petugas-petugas dan kenderaan-kenderaan dari Otai Group bagi menyempurnakan upacara tersebut.