YAWATIM

Berita & Aktiviti

Kunjungan Hormat Menemui Ceo Yayasan Waqaf Malaysia [ YWM ]

16 Ogos 2022 – YAWATIM mengadakan kunjungan hormat menemui YBrs Professor Dr Amir Shaharudin, CEO Yayasan Waqaf Malaysia [ YWM ] & Timbalannya, YBrs Encik Abdul Halim Mat Yusop di Putrajaya. Wakil dari YAWATIM yang hadir ialah Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan, CEO YAWATIM, Tuan Yun Hanimi Haji Yunus, Setiausaha  Agung PEYATIM dan Encik Asrul Iman Rosli, Pegawai Kewangan YAWATIM.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk berbincang bagi mewujudkan Kolaborasi Strategik di antara YAWATIM & Yayasan Waqaf Malaysia [ YWM ] untuk kebaikan bersama. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Dr Amir yang sangat menghargai kunjungan kami. Semoga Allah permudahkan urusan kolaborasi ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *