YAWATIM

Berita & Aktiviti

Sambutan Ambang Merdeka di UCB, Setiu, Terengganu

31 Ogos  2022 – University College Bestari ( UCB ) telah menganjurkan program Sambutan Ambang Merdeka dan telah diadakan di Dewan Terbuka UCB. Program ini adalah bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 65 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Teguh Bersatu” dengan tujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisma di kalangan pelajar dan kakitangan UCB serta seluruh rakyat Malaysia.

Program Sambutan Ambang Merdeka  ini turut dihadiri oleh Prof Sulaiman, Naib Canselor UCB, Prof Zahari, TNC UCB, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan, CEO YAWATIM, Prof Madya Abdul Razak serta Warga seluruh UCB.

Sambutan yang diadakan setiap tahun pada 31 Ogos ini seharusnya dijadikan klimaks daripada rasa cinta akan negara yang telah dipupuk menerusi pelbagai cara sebelum ini. Usaha yang bersepadu dan konsisten perlu dilakukan oleh semua pihak agar semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat terus bersinar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *