16 Oktober 2022 – YAWATIM Kedah/Perlis telah memenuhi jemputan Persatuan Penduduk Abi Padang Machang Perlis dalam satu program bertajuk “Jalinan Mesra Masyarakat Prihatin” yang diadakan di Dataran Surau Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nabawi (MATIN) Abi Padang Machang pada 16 Okt 2022.

Program yang turut disertai pelbagai agensi seperti PERKESO, JPJ, Akademi Binaan Malaysia, KPDNKHEP dan lain-lain ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Penyampaian sumbangan kepada penduduk setempat turut diadakan di dalam program tersebut.


YAWATIM akan memenuhi jemputan untuk menyertai program seumpama ini di dalam usaha untuk memberikan penerangan tentang PEYATIM, YAWATIM, info IPT milik PEYATIM dan keahlian Sahabat PEYATIM kepada masyarakat.
Pada akhirnya masyarakat turut berpeluang untuk membuat sumbangan tunai melalui program sebegini.