12 Jan 2022 – YAWATIM menerima kunjungan hormat daripada pihak PayHalal yang diketuai oleh Pat Salam Thevarajah iaitu Pengasas & CEO PayHalal, Puan Azhani Azman iaitu Sales Director dan Puan Omizatul Syamimi Othman iaitu Business Development Manager.

Pertemuan tersebut membincangkan tentang kerjasama PayHalal dengan YAWATIM dalam urusan payment gateway bagi Program Pembangunan Dana Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin.
Semoga pertemuan ini akan menjadi pencetus kepada PEYATIM & YAWATIM membangunkan institusi pendidikan untuk dimanfaatkan kepada anak-anak yatim dan anak-anak miskin.
