YAWATIM

Berita & Aktiviti

Perjumpaan CEO YAWATIM bersama  Tokoh Hebat Sahabat PEYATIM

13 Jan 2023 – CEO YAWATIM, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan telah berkesempatan mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama tiga tokoh terkenal dalam kalangan masyarakat. Tokoh tersebut merupakan Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Ahmad Shukri Yusof dan Ustaz Dr Nur Muhammad Hadi Zahalan. Ketiga-tiganya adalah pendokong kuat Sahabat PEYATIM yang banyak membantu mencurahkan ilmu, kepakaran, dan pengalaman masing-masing demi kebajikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin.

Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan yang tinggi ini, ketiga-tiganya bersama-sama Datuk Haji Abdul Rahim Hassan duduk semeja membincangkan tentang Program Pembangunan Dana untuk pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin.

Semoga dengan perbincangan ini mendapat input-input yang segar bagi pihak PEYATIM & YAWATIM merancang dan menjalankan aktiviti pembangunan dana untuk tahun 2023.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *