YAWATIM

Berita & Aktiviti

Mesyuarat Jawatankuasa Projek Taman Rimba Asean (TRA)

15 Jan 2023 –  Presiden PEYATIM YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor bersama-sama Jawatankuasa Projek TRA yang terdidir dari  Datuk Haji Abdul Rahim Hassan , Dr. Tengku Khairi dan Prof Madya Abd Razak telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Projek TRA.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan dipengerusikan oleh YB Dato Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail. 

Projek Taman Rimba ASEAN (TRA) yang terletak di Dungun, Terengganu adalah merupakan satu lagi projek baharu melibatkan usahasama antara PEYATIM, PERKAYA & UCB termasuklah penglibatan 8 buah negara-negara ASEAN. Projek ini telah mendapat kelulusan pihak MAIDAM.

Semoga segala perancangan dan usaha-usaha yang direncanakan dipermudahkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *