YAWATIM

Berita & Aktiviti

Pertemuan Bersama Pihak ESQ

20 Jan 2023 – CEO YAWATIM, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan bersama Pengurusan YAWATIM telah berpeluang menemui  dua pemimpin dari sebuah syarikat korporat iaitu ESQ yang berpangkalan di Indonesia dan mempunyai cawangan di Malaysia. Individu tersebut adalah Tuan Haji Mohammed Razib Abu Bakar iaitu Director of ACT Consulting & Education Malaysia dan En. Andi Muhammad Fajar iaitu ACT Consulting Certified Corporate Client Consultant, Regional Malaysia Branch Manager.

Pertemuan yang diadakan di Bangi Resort Hotel tersebut telah membincangkan tentang potensi pembentukan jalinan kolaborasi strategik antara komuniti di bawah PEYATIM Group dan komuniti besar ESQ yang dapat dimanfaatkan bersama. Hasil perbincangan ini pihak ESQ bersetuju mengadakan satu sesi MOU bagi memperkukuhkan lagi jaringan libatsama komuniti korporat ESQ dan PEYATIM Group. Alhamdulillah kedua-duanya juga turut berkesempatan mengisi borang keahlian untuk menjadi sebagai SAHABAT PEYATIM.

Diharapkan agar perbincangan ini dapat membuka ruang kerjasama baharu  serta menjadi pemangkin kepada pembangunan dana untuk pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin di Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *