25 Julai 2023 – Presiden PEYATIM merangkap Pengerusi Eksekutif YAWATIM, YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor bersama YBrs. Tuan Yun Hanimi Haji Yunus, Timbalan Pengerusi Eksekutif II YAWATIM telah mengadakan sesi pertemuan di Wisma BSN.


Turut bersama En. Ahmad Iskandar, Ketua Bahagian Operasi YAWATIM. Wakil dari BSN dihadiri oleh En. Suzaini bin Mukhtar, Naib Presiden Kanan/ Ketua Jabatan Deposit & Pembayaran BSN, En. Isrunisham Ishak, Ketua Seksyen Pengurusan & Perniagaan Ejen Bank, Jabatan Deposit & Pembayaran serta En. Mohammad Faiz bin Ramzani, Ketua Unit EB BSN.
Pertemuan ini diadakan bagi memperluaskan jaringan kerjasama dengan sektor perbankan melalui perbincangan kolaborasi di antara BSN dan YAWATIM untuk berkongsi perkembangan terkini projek Taman Rimba ASEAN terutama pembangunan Akademi Pengajian Islam Anak Yatim atau Miskin ASEAN (APIA).
Semoga kerjasama ini dapat memberikan hasil yang positif dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak secara khususnya dan pembangunan pendidikan anak-anak yatim secara amnya.