YAWATIM

Berita & Aktiviti

Perasmian Temasya Dwi Tahunan Sukan Anak Yatim SUKYA KE-12

Ahad, 27 Ogos 2023 – Penantian beberapa tahun disebabkan pandemik Covid-19 berakhir semalam apabila berlangsungnya upacara gilang gemilang perasmian temasya dwi tahunan Sukan Anak Yatim (SUKYA) Kali Ke-12 di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang.

Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang kembali menjadi tuan rumah Temasya SUKYA Kali Ke-12 ini setelah dimulai di Pulau Pinang pada tahun 1986.  Bertitik tolak kejayaan SUKYA tersebut, Presiden PEYATIM memutuskan SUKYA menjadi program sukan dwi tahunan dalam Mesyuarat Agung PEYATIM 1987.

Perasmian SUKYA edisi ke-12 kali ini disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif, YBhg Dato’ Zulkhairi Bin Zainol Abidin di hadapan kira-kira lebih 3,500 orang yang hadir termasuklah atlet, pegawai dan sukarelawan SUKYA 2023. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Presiden PEYATIM, Y.M. Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Bin Mansor dan Timbalan Presiden, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Mohd. Yussof Bin Abdul Latiff serta dif-dif kehormat lain.

Upacara perasmian dimulakan dengan perarakan masuk perbarisan kontinjen-kontinjen negeri yang bertanding diserikan  dengan keunikan persembahan yang turut dipertandingkan. Upacara diteruskan dengan  ucapan ringkas daripada YBhg Dato’ Zulkhairi Bin Zainol Abidin dan disusuli oleh ucapan Presiden PEYATIM dan Timbalan Presiden PEYATIM. Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera SUKYA.

Dato’ Zulkhairi Bin Zainol Abidin juga berkenan menyampaikan piala kemenangan kepada pemenang perbarisan terbaik yang telah dimenangi oleh Kontinjen Terengganu di tempat pertama, Kontinjen Johor di tempat Kedua dan Kontinjen Kelantan di tempat ketiga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *