9 Jan 2024, Selasa – PEYATIM Group telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baharu daripada Presiden PEYATIM bagi Tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor di Dewan KTB, Ampang, Selangor. Sesi ini telah dihadiri oleh semua kakitangan PEYATIM, Ahli Gabungan Peyatim Malaysia , YAWATIM , University College Bestari – UCB , Kolej Teknologi Bestari Caw. Ampang, Institut Kemahiran Bestari – IKB dan APIA sama ada mengikutinya secara bersemuka dan secara dalam talian.



Melalui pengisian majlis tersebut, Presiden PEYATIM menzahirkan penghargaan kepada seluruh kakitangan organisasi di bawah PEYATIM yang telah mencapai prestasi cemerlang sepanjang tahun 2023 yang setia dan komited mendukung aspirasi perjuangan PEYATIM.
Presiden PEYATIM juga berharap agar semua agensi di bawah PEYATIM Group perlu giat menjalankan program-program penyebaran maklumat melalui semua platform yang sesuai supaya organisasi di bawah PEYATIM dikenali umum terutama projek terbaharu PEYATIM iaitu pembangunan APIA yang memerlukan perhatian orang ramai.
Bagi kelangsungan pencapaian organisasi di bawah PEYATIM Group pada tahun 2024 ini, Presiden PEYATIM mencadangkan agar kesemua entiti PEYATIM Group perlu menggariskan KPI masing-masing supaya dapat memberi impak yang tinggi kepada kecemerlangan untuk menjadi asas kepada setiap langkah yang bakal dicerakinkan sepanjang tahun 2024.
Selesai menyampaikan ucapan amanat beliau, Presiden PEYATIM turut menyempurnakan Majlis Perpisahan Setiausaha Agung PEYATIM, YBrs. Tuan Yun Hanimi Bin Haji Yunus yang telah menamatkan perkhidmatan beliau hujung tahun 2023.