YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Iftar Rantaian Kasih Bersama Anak Yatim Atau Miskin

16 Mac 2024, Sabtu – Majlis Iftar Rantaian Kasih Bersama Anak Yatim Atau Miskin telah berlangsung dengan jayanya di Puteri Bay Hotel Melaka hari ini.

Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Selamat Bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Waqaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Presiden PEYATIM YM Prof Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor dan Timbalan Pengerusi Eksekutif YAWATIM Dr Hj Mazlan Ahmad .

Majlis dihiasi dengan penyerahan cek sumbangan daripada Asiapex Association kepada YAWATIM dan ahli gabungan di bawah Peyatim Malaysia negeri Melaka serta penyerahan sumbangan tunai kepada anak yatim dan miskin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *