YAWATIM

Berita & Aktiviti

YAWATIM Dinobatkan Penerima Anugerah Abdur Rahman Auf

3 April 2024, Rabu – Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) malam tadi buat julung kalinya telah menerima Anugerah Abdur Rahman Auf daripada TheNoor atas sumbangan mencerminkan kepercayaan dan sokongan yang diperoleh oleh NGO melalui khidmat masyarakat yang diberikan. Pencapaian mengambil kira 50% hasil undian orang ramai serta 50% kriteria pengurusan sistem agihan kepada golongan yang disasarkan.

Pada masa yang sama Peyatim Malaysia  juga turut menerima sumbangan bernilai RM70,000 hasil daripada kutipan melalui kempen yang dijalankan dalam Aplikasi TheNoor sepanjang bulan Ramadan ini. YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor, Presiden PEYATIM diiringi Setiausaha Agong PEYATIM, Dato’ Bedolah Bin Botok telah menerima mock up tersebut daripada Hajah Noor Neelofa, Pengasas TheNoor dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor, Mohd Izzairi Yamin. Manakala Anugerah Abdur Rahman Auf pula diterima oleh YBhg. Dr Hj Mazlan Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif I YAWATIM.

Anugerah Abdur Rahman bin Auf adalah anugerah berprestij yang mengiktiraf sumbangan bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah berkhidmat kepada komuniti. Anugerah ini dinamakan sebagai penghormatan kepada Abdur Rahman bin Auf, sahabat Nabi Muhammad (SAW) yang merupakan seorang hartawan dan dermawan. Anugerah ini juga membawa komitmen yang mendalam bagi mengiktiraf usaha pihak NGO selama ini.

Oleh itu, seluruh pihak warga kerja YAWATIM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi dan orang ramai yang telah memberi sokongan padu kepada kami. Anugerah ini akan menjadi titik tolak kepada YAWATIM untuk terus memacu pencapaian dan perkhidmatan dalam membantu membangunkan pendidikan anak-anak yatim dan miskin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *