YAWATIM

Berita & Aktiviti

Lawatan Biro Asrama PEYATIM Ke PERYATIM SARAWAK

28 September 2024 Dalam lawatan ini. asrama terakhir pihak Biro Asrama PEYATIM berkesempatan melawat adalah Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub, PERYATIM cawangan Miri Sarawak. Rombongan disambut oleh YBhg. Tuan Haji Julaihi bin Mohamad l, Pengerusi Exco Peryatim Miri, kakitangan dan anak-anak. Alhamdulilah meriah

Rombongan dibawa melawat ke persekitan asrama yang telah beroperasi semenjak tahun 2008. sejak itu asrama telah melalui beberapa kali fasa pembaikian dan setakat ini memounyai lebih kurang 50 anak-anak lelaki, perempuan tinggal di sini. Hanya sekitar 5 ekar daripada 10 ekar kawasan telah dibangunkan.

Alhamdullilah keseluruhan lawatan ini berjaya membuka minda para peserta lawatan dan boleh mengambil kesempatan dari apa yang dipelajar untuk dibawa ke asrama masing-masing. Yang lebih utama, tali sillaturahim dapat diperketatkan dan  diperkemaskan ikat antara PEYATIM & PER YATIM Sarawak.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Pengerusi PERYATIM yang sudi menerima kunjungan kami, Jawatankuasa Biro Asrama PEYATIM dan Jawatankuasa Pengurusan PEYATIM serta layanan yang istimewa. Tidak dilupakan Ustaz Haji Salleh bin Hamdin, Ketua Pegawai Eksekutif Peryatim Sarawak, semua Pengerusi Exco cawangan dan kakitangan-kakitangan.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) Negara Brunei terutama Pengurusan tertinggi DANA menerima kunjungan PEYATIM. Walaupun ssekejap namun sedikit sebanyak telah meninggalkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Insya Allah, we will be back.

Terima kasih kepada YM. Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor, Presiden PEYATIM / Pengerusi Biro Asrama, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof bin Abdul Latiff, Timbalan Presiden PEYATIM, barisan J/kuasa PEYATIM, semua Ahli Jawatankuasa Biro Asrama, wakil dari Asrama PERKAYA Terengganu, Encik Wan Syami bin Wan Zain, Pengurus Negeri YAWATIM,urusetia dan yang terlibat yang telah menjayakan misi lawatan marhabbah ke Sarawak ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *