3 Oktober 2024 – Buat julung kalinya pada tahun 2024 Jawatankuasa Tertinggi PEYATIM telah berbesar hati mengadakan kunjungan hormat menyantuni pengurusan Pos Malaysia bahagian utara negeri iaitu Kedah/Perlis dan Pulau Pinang.


Kunjungan ini diwakili oleh Presiden PEYATIM merangkap Pengerusi Eksekutif YAWATIM (YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor) dan isteri YBhg. To’ Puan Hjh Zainon Binti Jamil, Timbalan Presiden PEYATIM (YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Mohd. Yussof Bin Abdul Latiff, Naib Presiden Zon Utara ( Tuan Haji Abd Shukor Bin Haji Mohd Sultan), Naib Presiden Zon Selatan (YBhg. Datuk Hj Mohamad Bin Mahmood), Naib Presiden Zon Tengah ( En. Ahmad Wahadi Bin Abdul Wahab serta Setiausaha Agung PEYATIM ( YBhg. Dato’ Hj Bedolah Bin Botok) serta pegawai YAWATIM yang turut serta.
Manakala wakil Pos Malaysia negeri Kedah/ Perlis diketuai oleh State Retail Manager (En. Shaikh Mohd Faqruddin Bin Shaikh Rohmat) serta pegawai kanannya. Manakala Pos Malaysia Negeri Pulau Pinang diketuai oleh State General Manager (En. Mohd Nazri bin Said) serta pegawai kanan yang turut bersama hadir.
Sesi pertemuan ini diadakan bagi menyatakan penghargaan kepada pihak Pos Malaysia setelah 11 tahun menjalin kerjasama membantu YAWATIM dalam usaha membangunkan dana untuk pendidikan anak yatim dan miskin di bawah IPT yang ditubuhkan oleh PEYATIM.


Kejayaan IPT di bawah PEYATIM selama ini banyak didokongi oleh hasil kerjasama melalui Pos Malaysia yang tidak jemu membantu mempromosikan waqaf PEYATIM kepada orang ramai sekali gus memberi manfaat kepada anak yatim dan miskin melanjutkan pengajian mereka. Malah, melalui hasil pertemuan ini juga pihak Pos Malaysia menyatakan perasaan terharu atas keprihatinan kepimpinan PEYATIM kerana sudi menyantuni ke peringkat negeri, sekali gus menjadi lebih bersemangat untuk terus membantu YAWATIM dan IPT di bawah PEYATIM. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada Pengurus Negeri YAWATIM Pulau Pinang & YAWATIM Kedah & Perlis yang turut sama hadir.